STAM 2023 catat keputusan memberangsangkan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) menyantuni para pelajar selepas menyampaikan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada Majlis Temu Mesra Bersama Calon-Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) pada Selasa. Foto Bernama
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) menyantuni para pelajar selepas menyampaikan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada Majlis Temu Mesra Bersama Calon-Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan Gred Purata Nasional (GPN) kepada 3.09 berbanding 3.13 pada tahun sebelumnya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, peningkatan itu secara tidak langsung menonjolkan potensi STAM untuk terus bersaing dalam ekosistem Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurutnya, untuk itu KPM telah memperluaskan pengambilan calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada lepasan STAM.

“Ini adalah usaha KPM dalam menyahut cabaran dalam usaha memperluaskan kemasukan ke IPG bukan sekadar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi juga untuk lepasan STAM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia serta matrikulasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Temu Mesra Menteri Pendidikan bersama Calon-Calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Alam Shah (Kisas) di sini pada Selasa.

Jelasnya, kejayaan julung kali KPM ini dilihat boleh memberi manfaat dan kepada pelajar-pelajar STAM untuk sama-sama berkhidmat sebagai warga KPM.

Difahamkan Indeks GPN merujuk kepada pencapaian calon dalam semua mata pelajaran dengan julat antara satu hingga lima dengan nilai GPN yang menghampiri satu menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Mengulas lanjut mengenai gelombang haba dijangka berlanjutan sehingga 29 Mac ini, Fadhlina berkata, KPM telah mengeluarkan arahan untuk pihak pengurusan sekolah terlibat mematuhi garis panduan ditetapkan berdasarkan saranan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Artikel Berkaitan:

“Garis panduan kita adalah dengan bekerjasama dengan MetMalaysia dan KKM. Jadi ini kita perlu sentiasa memantau cuaca dan menghentikan serta merta aktiviti luar kelas dan membabitkan pakaian pelajar.

“Kita juga telah mengeluarkan arahan terbaru supaya mana-mana sekolah yang terlibat dengan cuaca panas untuk mematuhi garis panduan ini, dan cuba memastikan kesejahteraan kesihatan dan keadaan anak-anak kita sentiasa terjaga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!