11 mayat ditemukan di perairan Indonesia

Mayat pelarian Rohingya yang ditemui di perairan Indonesia disembahyangkan sebelum dikebumikan. Foto AFP
Mayat pelarian Rohingya yang ditemui di perairan Indonesia disembahyangkan sebelum dikebumikan. Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 11 mayat dipercayai pelarian ditemukan di perairan Indonesia berhampiran wilayah Aceh sejak Sabtu menurut media tempatan dan agensi menyelamat, lapor Xinhua.

Penemuan mayat berkenaan adalah selepas sebuah bot membawa lebih 100 orang tenggelam di perairan Aceh minggu lepas. Lebih daripada 75 pelarian diselamatkan tetapi ramai lagi dilaporkan hilang.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Banda Aceh Ibnu Harris Al Hussain berkata agensi itu telah mengeluarkan enam mayat wanita pada Isnin selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan.

"Kami mengeluarkan sebanyak 10 mayat antara Sabtu dan Isnin,” kata Hussain.

Satu lagi mayat juga ditemukan di barat Aceh dan kesemua mayat dikebumikan di tanah perkuburan tempatan.

Sementara itu, kesemua yang terselamat dihantar ke jabatan imigresen negara itu dan mereka kini berlindung di barat Aceh. - Bernama-Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!