Rokok, tembakau seludup lebih RM15 juta dilupuskan

Maritim Malaysia melupuskan rokok seludup menggunakan kaedah pembakaran insinerator.
Maritim Malaysia melupuskan rokok seludup menggunakan kaedah pembakaran insinerator.
A
A
A

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis melupuskan sebanyak 975,000 kotak rokok seludup pelbagai jenama dan 39 guni tembakau dengan nilai keseluruhan lebih RM15 juta pada Selasa.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kesemua rokok tidak bercukai dan tembakau itu adalah hasil tangkapan dan rampasan pada Januari tahun 2022.

Beliau berkata, barangan rampasan terbabit disiasat di bawah Seksyen 49(1) dan 135(1) Akta Kastam 1967.

"Kesemua rokok berkenaan dilupuskan melalui kaedah selamat dengan pembakaran insinerator.

"Pelupusan bahan itu diuruskan oleh syarikat Drizzle Engineering," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Romli menambah, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan membabitkan kemasukan rokok-rokok haram melalui rondaan dan operasi secara berterusan.

Beliau memberitahu, langkah berkenaan perlu kerana permintaan terhadap rokok seludup atau rokok tidak bercukai tinggi berikutan harga yang sangat rendah dari pasaran.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!