Kesebelasan ampuh intai hasil positif di Bukit Jalil
TEKA-TEKI kesebelasan utama Malaysia menentang Oman dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terjawab sebentar tadi.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon mempertaruhkan duo penyerang, Romel Morales dan Darren Lok bagi menebus kekalahan 0-2 kepada Oman di Muscat minggu lalu.
Pengerak serangan di sayap kiri ialah Faisal Halim, manakala Pemain Paling Bernilai (MVP) ABK 2023, Arif Aiman Md Hanapi pula menjadi sandaran di sebelah kanan.
Stuart Wilkin pula akan bergabung tenaga dengan Syamer Kutty Abba menjadi nadi di bahagian tengah.
Kapten, Dion Cools bakal mengetuai benteng pertahanan bersama Dominic Tan.
Azam Azmi Murad pula diberikan mandat turun sebagai bek kanan, manakala Corbin Ong mengekalkan posisi sebagai bek kiri.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!