Polis tahan individu ugut bunuh Dr Akmal

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

MELAKA - Polis menahan seorang pemilik bengkel kenderaan pada Selasa selepas didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek berusia 68 tahun ditahan di kawasan Kandang di sini, selepas pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pesara kerajaan berhubung ugutan tersebut.

Menurutnya, pengadu berusia 62 tahun memaklumkan ketika berada dalam bengkel di Bukit Duyong pada Rabu lalu, individu tersebut telah melahirkan ketidakpuasaan hati terhadap Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau kerana tindakan wakil rakyat itu dalam isu KK Mart.

"Suspek telah memberitahu bahawa Ketua Pemuda UMNO (Dr.Akmal Saleh) banyak lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak kasi mati.

"Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki tersebut sebelum membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata ugutan suspek dan bimbang keselamatan ADUN itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Jelasnya, hasil soal siasat awal, individu tersebut mengakui memberitahu kepada pengadu ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO mengenai isu KK Mart.

"Bagaimanapun suspek yang mempunyai masalah kesihatan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!