Habib mahu terbang tinggi bersama Sang Kenari

Habib (kanan) menjalani latihan pertama bersama KDA FC di Stadium Mini Jitra pada malam Isnin. Foto KDA FC
Habib (kanan) menjalani latihan pertama bersama KDA FC di Stadium Mini Jitra pada malam Isnin. Foto KDA FC
A
A
A

BEKAS Ketua pasukan Terengganu FC (TFC), Habib Haroon berazam untuk membawa pasukan baharunya, Kedah Darul Aman (KDA) FC kekal muncul antara pasukan yang disegani di Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025.

Pemain yang beraksi di posisi tengah itu mahu membawa Sang Kenari sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik musim ini.

Menurutnya, kejayaan membawa TFC ke pentas final pada kejohanan piala musim lalu mahu diulangi bersama KDA FC.

"Saya mengimpikan membawa KDA FC mara ke final kejohanan piala seperti ketika saya bersama TFC.

"Saya bertuah kerana dapat merasai pentas akhir sebanyak dua kali dan saya cukup menghargai pencapaian ini," katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui gembira kerana kembali bergabung dengan Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain yang mengendalikan TFC sebelum ini.

Jelasnya, Sang Kenari adalah pasukan impian yang mahu diwakilinya dalam saingan Liga-M ini dan mendedahkan sepatutnya bersama KDA FC musim lalu namun tidak kesampaian.

"Saya teruja kerana mendapat pelawaan daripada Nafuzi yang menghantar mesej menyatakan beliau mahukan khidmat saya bersama pasukan Kedah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, saya tidak perlu mengambil masa lama membalasnya dengan menyatakan yang saya akan bersama pasukannya," ujar beliau lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!