Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko

Pada 9 pagi Rabu, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.
Pada 9 pagi Rabu, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.
A
A
A

RINGGIT rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Rabu berikutan suasana enggan ambil risiko berlaku menjelang Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS, pengukur inflasi pilihan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Jumaat.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa peserta pasaran mungkin kekal berhati-hati sementara menunggu data Februari, dengan ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.72 hari ini.

Beliau berkata Indeks Keyakinan Pengguna terkini oleh Conference Board di AS berada pada 104.7 mata pada Mac, rendah sedikit daripada 104.8 mata yang dicatatkan pada Februari dan juga lebih rendah berbanding anggaran konsensus pada 106.9 mata.

Perkara itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna mengenai paras harga yang tinggi kerana mereka menyaksikan kenaikan harga makanan dan gas.

Di peringkat tempatan, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 5.1193/1248 daripada 5.1225/1257 ketika ditutup pada Selasa serta naik berbanding pound British kepada 5.9659/9723 daripada 5.9733/9771.

Walau bagaimanapun unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 3.1197/1232 daripada 3.1194/1216 semalam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.

Ringgit kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9984/13.0164 daripada 13.0021/0151 ketika ditutup semalam namun, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.3/299.7 daripada 298.7/299.1.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5124/5164 daripada 3.5112/5137 semalam serta lemah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.38/8.38. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!