Kerajaan Kelantan bina sendiri KB Sentral

Hilmi (dua dari kiri) mengiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud beramah mesra bersama pengamal media Kelantan.
Hilmi (dua dari kiri) mengiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud beramah mesra bersama pengamal media Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan menyiapkan sendiri pembinaan Terminal Bas Kota Bharu (KB) Sentral menjelang 2027 kerana kemudahan berkenaan menjadi keutamaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, dalam tahun itu juga dijangka projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap sepenuhnya.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan satu syarikat untuk menyiapkan KB Sentral.

"Bagaimanapun terdapat pindaan komponen pembangunan dan ia antara faktor ECRL tidak membenarkan KB Sentral disambung masuk ke stesen ECRL," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Iftar Mahabbah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) dan Media bersama kepimpinan di sini

Hilmi menjelaskan, konsep asal ialah mewujudkan terminal bersepadu yang mempunyai kemudahan lain untuk penumpang.

"Justeru, kita terpaksa mengkaji semula pembinaan KB Sentral kerana perubahan dalam komponen serta nilai komponen serta jadual kerja kerana sudah berbeza dengan perancangan asal," katanya.

Katanya lagi, tanah untuk pembinaan KB Sentral sudah dibayar tetapi jika pemaju tidak dapat meneruskan konsep asal yang dirancang, kerajaan akan bina sendiri kemudahan itu tanpa bangunan lain seperti dalam pelan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!