Ular tedung 'bergelut' muntahkan botol plastik

Reptilia tersebut cuba memuntahkan semula botol plastik yang ditelannya.
Reptilia tersebut cuba memuntahkan semula botol plastik yang ditelannya.
A
A
A

NEW DELHI - Rakaman video memaparkan seekor ular tedung di India 'bergelut' untuk memuntahkan semula botol plastik yang ditelannya menjadi bukti krisis sisa plastik berada pada tahap amat membimbangkan.

Klip berdurasi 48 saat yang ditonton lebih 25,000 kali dan dikongsi pegawai Perkhidmatan Perhutanan India, Parveen Kaswan itu menunjukkan seorang lelaki mengusap badan reptilia tersebut yang ‘membengkak’ dengan kayu.

“Lihat bagaimana plastik sekali guna memberi kesan kepada hidupan liar dan spesies lain. Video ini menjadi bukti,” tegas Kaswan.

Menurutnya, ular tedung itu terselamat kerana ia mempunyai kebolehan untuk memuntahkan semula objek besar yang ditelannya.

“Haiwan lain mungkin tidak dapat berbuat demikian. Mereka pasti akan mati,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pembaca berita stesen TV, Kadambini Sharma menggesa orang ramai berhenti menggunakan plastik sekali guna atau mencari kaedah yang betul untuk membuangnya.

“Sangat sedih melihat keadaan ular itu. Kita perlu bertindak,” kata seorang pengguna media sosial.

Difahamkan, India menghasilkan lebih 25,000 tan sisa plastik setiap hari dengan 40 peratus daripadanya dibuang secara berleluasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!