Hotel Indigo Kuala Lumpur perkenal Sajian Rimba Ramadan
HOTEL Indigo Kuala Lumpur melalui restoran Wok Star memperkenalkan Sajian Rimba iaitu menu eksklusif sempena Ramadan berkonsepkan set-to-table, semi bufet dan hidangan gaya talam yang menekankan citarasa serta budaya masyarakat di negara ini.
Hotel Indigo Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pelanggan boleh menikmati Sajian Rimba bermula 12 Mac hingga 9 April ini dengan harga RM198 untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur antara 6 hingga 11 tahun pula hanya RM99 seorang.
“Sajian Rimba menyediakan ruang makan dengan suasana yang mencerminkan keindahan panorama hijau.
“Hidangan istimewa ini dimulakan dengan jelajah lima negeri kerabu bonda seperti salad bunga pisang bersama filet ayam, salad udang liar dengan nanas muda, salad daging lembu panggang dengan sos betik dan asam jawa, salad mangga serta rojak buah.
“Diikuti dengan ocean grilled platter to your table menampilkan udang Palembang, ikan kakap merah bersama sos asam jawa dan kicap pedas serta sambal Portugis,” katanya.
Hotel bertaraf empat bintang dengan 180 bilik tidur itu juga menawarkan penginapan Senja Rimba Staycation dengan harga sekitar RM950 satu malam termasuk pakej bersahur dan Selera Rimba untuk dua orang di restoran Wok Star.
Hotel Indigo Kuala Lumpur memaklumkan, menu dalam Sajian Rimba turut menampilkan karya Chef Zaim dan pasukannya iaitu wagyu satay platter, sejenis sate lembut dihidangkan bersama pulut, kek beras, acar sate serta kuah kacang.
Tambahnya, hidangan utama Sajian Rimba disajikan dengan konsep talam contohnya nasi briyani dengan telur puyuh, stu salmon asam jawa, kambing panggang bersantan dan salad nanas bersama avokado.
“Sebagai penutup, kami sediakan kaunter manisan rimba iaitu hidangan pencuci mulut tempatan yang terkenal.
“Justeru, Sajian Rimba mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk meneroka perjalanan gastronomi yang mana setiap hidangan adalah bukti dedikasi Wok Star untuk meraikan kekayaan warisan makanan Malaysia.
“Hubungi kami di 03-2639 3888 atau e-mel di reservation.kulpk@ihg.com untuk membuat tempahan,” ujarnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!