'Terkejut lihat suspek pecah kedai dobi depan mata'

Suspek yang disyaki bertindak memecah masuk kedai dobi dilihat berlegar-legar di hadapan kedai dobi lain, situasi itu sempat dirakam oleh mangsa ketika terserempak selepas kejadian. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan tindakan suspek yang mencecah masuk kedai dobi layan diri. Foto Media Sosial
Suspek yang disyaki bertindak memecah masuk kedai dobi dilihat berlegar-legar di hadapan kedai dobi lain, situasi itu sempat dirakam oleh mangsa ketika terserempak selepas kejadian. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan tindakan suspek yang mencecah masuk kedai dobi layan diri. Foto Media Sosial
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pengusaha kedai dobi layan diri terkejut setelah terserempak seorang lelaki disyaki suspek serupa seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menceroboh kedai miliknya di Bandar Laguna Merbok, pada Selasa.

Sumaiyah Mohd Pisal, 30, berkata, ketika itu dia berada di kedai dobi milik rakan, tidak jauh dari kedainya dan dalam keadaan kelam-kabut ternampak seorang lelaki mirip suspek yang berlegar-legar di hadapan kedai dobi terbabit.

Menurutnya, sebaik menyedari keadaan itu, Sumaiyah cuba merakam gambar dan mengambil nombor pendaftaran motosikal sebelum lelaki tersebut beredar.

"Bagaimanapun setelah disemak, nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu. Saya tengok baju, seluar dan cara galas beg macam sama dalam CCTV.

"Rupanya, dia berani datang semula ke kedai dobi lain kira-kira jam 5.30 petang, setelah memecah masuk kedai dobi saya dalam pukul 10 pagi hari yang sama," dakwanya.

Sumaiyah memeriksa keadaan peti wang yang telah dipecah masuk di kedai dobi miliknya.
Sumaiyah memeriksa keadaan peti wang yang telah dipecah masuk di kedai dobi miliknya.

Sumaiyah turut dimaklumkan bahawa dia merupakan mangsa keempat kejadian pecah kedai dobi di Bandar Laguna Merbok itu dalam tempoh Ramadan ini.

"Sebelum ini, ada pemilik dobi lain minta waspada sebab 'musim' kena pecah... Saya dobi keempat yang kena pecah," dakwanya.

Dalam kejadian itu, wang tunai kira-kira RM580 dalam peti wang dilarikan suspek.

Artikel Berkaitan:

Sumaiyah berkata, dia menyedari kejadian terbabit selepas mengesan terdapat habuk dan kekotoran yang banyak sewaktu memeriksa premisnya kira-kira sejam lepas kejadian.

"Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati kekotoran dan habuk ini berpunca daripada 'plywood' yang dipecahkan sebelum bertindak memeriksa CCTV.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati suspek telah mencungkil tempat mesin penukar wang dan melarikan kesemua wang kutipan yang berjumlah RM580," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV untuk membantu siasatan bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!