Bomba selamatkan anjing patah kaki
CHERAS - Seekor anjing yang patah kaki dan terperangkap dalam terowong longkang di Taman Shah Jaya, Batu 10 di sini diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat, malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.58 malam memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum empat anggota bomba bergegas ke lokasi.
Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat seekor anjing sakit yang patah kaki berada di dalam terowong longkang tertutup sejauh 100 meter.
"Anggota bomba memasuki terowong menggunakan alat bantuan pernafasan bagi melaksanakan khidmat khas bantuan anjing.
"Anjing dewasa tersebut kemudian dibawa naik ke tempat selamat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!