Asnaf, ibu tunggal terima sumbangan FGV, DOPSB
Antara penerima yang hadir menerima sumbangan barangan SAJI pada Iftar Ala Madinah@ Karangkraf.
A
A
A
Rata-rata penerima ketika ditemui menyifatkan, sumbangan yang diterima mereka itu sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka dalam meraikan kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri.
Salah seorang penerima sumbangan, Anuar Che Idris, 47, berkata, beliau berterima kasih di atas keprihatinan FGV yang sentiasa mengambil berat kepada golongan yang memerlukan.
“Saya berbesar hati menerima sumbangan ini kerana ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kami sekeluarga,”katanya yang mempunyai sembilan orang anak.
Sementara itu, ibu tunggal, Lilian Saddi, 44, berkata, sumbangan yang diterima akan digunakan sebaiknya untuk kegunaan bersama dua orang anaknya.
“Sekarang harga barangan makanan pun agak mahal, jadi lega sedikit bila ada bantuan seperti ini,” ujarnya.
Bagi Diana Johan, 31, sumbangan yang diterima daripada FGV memberi seribu makna buat dirinya.
Sama ada sumbangan itu besar atau sebaliknya, beliau menganggap ia satu rahmat serta keikhlasan penyumbang yang sentiasa memikirkan kesulitan orang lain.
“Semoga tuhan dapat membalas jasa dan kebaikan mereka yang tidak pernah melupakan orang seperti kami ini,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!