Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar India
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S. Jaishankar, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
Jaishankar tiba di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di sini pada 2.30 petang, sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu memaklumkan, Anwar dan Jaishankar, bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, sains dan teknologi, pendidikan, pertanian, pelancongan, pertahanan dan digital, serta berkaitan isu serantau termasuk Myanmar.
Menurut kenyataan PMO, Anwar telah memberikan komitmen beliau dalam membantu penubuhan cawangan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri India Narendra Nodi, kerana membantu negara ketika Malaysia menghadapi kekurangan bekalan beras dan berharap untuk mempermudahkan lagi pengimportan hasil pertanian dari India.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!