Sikap buruk Israel terserlah

Bola api meletus semasa pengeboman Isreali ke atas Rafah, di selatan Semenanjung Gaza,.
Foto: AFP
Bola api meletus semasa pengeboman Isreali ke atas Rafah, di selatan Semenanjung Gaza,. Foto: AFP
A
A
A

GAZA CITY - Tentera Israel masih meneruskan pengeboman tanpa henti di Genting Gaza walaupun berdepan tekanan antarabangsa selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi gencatan senjata segera di wilayah Palestin.

Ketika ini, Gaza yang masih dikepung sangat terdesak memerlukan bantuan kemanusiaan segera dan sedang berdepan ancaman kebuluran dahsyat.

Amerika Syarikat (AS) pula berkata, mereka akan meneruskan bantuan udara 'airdrop' walaupun Hamas merayu supaya tindakan Washington itu akan meningkatkan jumlah penduduk yang terkorban semasa mereka pergi mendapatkan bungkusan makanan.

Gambar kecil: Kelihatan tentera Israel melakukan serangan di darat di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan militan Palestin Hamas.
Foto: AFP
Gambar kecil: Kelihatan tentera Israel melakukan serangan di darat di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan militan Palestin Hamas. Foto: AFP

Pada masa sama, bebola api akibat serangan udara Israel telah dilihat menerangi langit malam di selatan bandar Rafah, pusat bandar terakhir Gaza yang kini menempatkan kira-kira 1.4 juta pelarian.

Malah, bunyi letupan kedengaran manakala asap kelihatan menjulang di Gaza di mana Israel telah menyerang dan mengepung hospital terbesar di bandar itu lebih seminggu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata pada awal Rabu bahawa kira-kira 66 orang telah terbunuh semalaman, termasuk tiga yang lain dalam serangan udara Israel di dalam dan sekitar Rafah.

Pertempuran berterusan sejak dua hari selepas UNSC menggesa gencatan senjata segera manakala Israel menuntut pembebasan 130 tebusan yang dikatakan masih kekal di Gaza, termasuk 34 tawanan dianggap mati.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, tentera Israel telah mengepung dua hospital di Khan Yunis di mana kementerian kesihatan berkata seramai 12 orang termasuk beberapa

orang kanak-kanak terbunuh dalam serangan terhadap kem pelarian di wilayah sama.

Asap berkepul-kepul akibat pengeboman Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
Asap berkepul-kepul akibat pengeboman Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Palestin memberi amaran bahawa ribuan orang terperangkap di hospital Nasser di Khan Younis dan 'nyawa mereka dalam bahaya'.

Pada Isnin, satu resolusi yang diluluskan UNSC menuntut gencatan senjata untuk baki dua minggu ketika bulan Ramadan yang sepatutnya membawa kepada gencatan senjata yang berpanjangan.

AS, sekutu utama Israel yang telah menyekat resolusi sebelum ini mengambil tindakan berkecuali daripada mengundi sehingga menyebabkan Israel membatalkan lawatan ke negara itu.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata Israel sedang mengalami 'pengasingan politik yang belum pernah berlaku sebelum ini' dan telah kehilangan 'perlindungan' AS di UNSC. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!