Anwar semak dengan Perbendaharaan dakwaan mengenai Farhash

Anwar beramah mesra dengan pelajar tahfiz dari Pondok Tok Mengkarak Bera Pahang yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Ashabus Solihin Taman Rakan Kajang malam Rabu. Foto Bernama
Anwar beramah mesra dengan pelajar tahfiz dari Pondok Tok Mengkarak Bera Pahang yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Ashabus Solihin Taman Rakan Kajang malam Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.

"Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ashabus Solihin, Taman Rakan di sini pada Rabu.

Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil meminta polis menyiasat Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar kerana didakwa melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners, telah membeli saham syarikat Heitech Padu sebanyak 16.1 juta unit, dianggarkan bernilai RM40 juta.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk sekitar Taman Rakan dan pelajar tahfiz di Masjid Ashabus Solihin, yang turut disertai oleh anaknya Nurul Izzah Anwar.

Perdana Menteri yang tiba pada jam 6.50 petang dengan berbaju Melayu hijau muda, kemudiannya turut menyertai hadirin menunaikan solat fardhu Maghrib. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!