Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara

Soon Huat-Shevon akur kehebatan Cheng Xing-Zhang Chi. Foto kredit Craig
Soon Huat-Shevon akur kehebatan Cheng Xing-Zhang Chi. Foto kredit Craig
A
A
A

CABARAN juara Terbuka Switzerland, Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti di pusingan pertama Sepanyol Masters Super 300 selepas tewas kepada wakil China, Cheng Xing-Zhang Chi pada Rabu.

Beregu campuran ranking ke-13 dunia itu tewas 18-21, 18-21 kepada juara Orleans Masters juga pasangan ke-58 dunia tersebut di Pusat Sukan Perbandaran Gallur, Madrid dalam masa 34 minit.

Bagi acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao nombor 37 dunia mara ke pusingan kedua selepas mengatasi pemain Sepanyol, Pablo Abian (65 dunia), 21-16, 21-18 dalam masa 38 minit.

Jun Hao mara selepas atasi Abian. Foto kredit Craig
Jun Hao mara selepas atasi Abian. Foto kredit Craig

Pada Selasa, cabaran beregu lelaki negara nombor 48 dunia, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong William juga berakhir selepas sehabis kudrat menyaingi wakil Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer (nombor 64 dunia) sebelum tewas 16-21, 19-21 dalam aksi 31 minit.

Pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei (nombor 60 dunia) juga turut mengakhiri cabaran di pusingan kelayakan selepas tewas kepada wakil Singapura, Jason Teh (nombor 61 dunia), 18-21, 18-21 dalam masa 39 minit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!