Arab Saudi tumpas enam anggota militan

Senjata api, bom tangan dan peranti elektronik yang dirampas dalam operasi tersebut.
Senjata api, bom tangan dan peranti elektronik yang dirampas dalam operasi tersebut.
A
A
A

JEDDAH - ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, sekurang-kurangnya enam anggota militan terbunuh dalam operasi keselamatan di Qatif, kelmarin.

Dalam insiden berbalas tembakan itu, lima pegawainya turut cedera.

Sumber berkata, militan yang terbunuh pada awalnya diberi peluang untuk menyerah diri, namun enggan berbuat demikian.

Laporan agensi berita Saudi Press berkata, sebanyak tujuh laras senjata api automatik, tiga bom tangan, selaras pistol dan 30 butir peluru dirampas dalam operasi tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!