'Kualiti saya mampu bantu England pergi lebih jauh'
PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, James Maddison berkata, kualitinya di atas padang dan keyakinan diri boleh membantunya mendapatkan tempat dalam skuad England kendalian Gareth Southgate untuk Euro 2024 di Jerman.
Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai enam caps untuk pasukan kebangsaan tetapi tidak pernah bermain selama 90 minit penuh.
Malah, walaupun disenaraikan dalam skuad, Maddison diketepikan kerana kecederaan lutut semasa Piala Dunia 2022 di Qatar.
Dia tidak beraksi ketika England tewas 0-1 kepada Brazil di Stadium Wembley dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.
Namun kudratnya dimanfaatkan sebaik mungkin England sebagai pemain gantian pada minit ke-74 ketika menentang Belgium pada Rabu.
Dalam aksi itu, hantaran Maddison kepada Jude Bellingham, membolehkan pemain tersebut menjaringkan gol minit ke-95 untuk keputusan seri 2-2.
“Ada saingan besar, banyak kualiti dalam skuad. Saya tahu kualiti yang saya miliki yang boleh membantu pasukan ini pergi lebih jauh.
“Saya tidak kekurangan keyakinan dan kepercayaan dalam diri saya untuk melakukan itu, anda perlu berusaha menghasilkan...
“Menentang Belgium, saya datang dan memberi impak. Saya menunjukkan kepadanya (Southgate) apa yang saya mampu dan mahu menunjukkan lebih banyak perkara itu,” kata Maddison mengenai prospeknya.
INFO
EURO JERMAN 2024
KUMPULAN C
England
Serbia
Denmark
Slovenia
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!