Tokoh wartawan Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Tokoh Wartawan Negara 2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggal dunia awal pagi Jumaat.
Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Datin Noraini Shariff.
"Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada pukul 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!