Kahf, Emina ajak lebih ramai manfaatkan bulan Ramadan

Majlis tazkirah oleh PU Amin sebelum waktu berbuka pada program Iftar Madinah@Karangkraf merupakan antara elemen kerohanian yang diterapkan oleh Kahf untuk mengimarahkan bulan Ramadan
Majlis tazkirah oleh PU Amin sebelum waktu berbuka pada program Iftar Madinah@Karangkraf merupakan antara elemen kerohanian yang diterapkan oleh Kahf untuk mengimarahkan bulan Ramadan
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama penjagaan kecantikan, kulit dan diri, Kahf serta Emina mahu mengajak lebih ramai orang memanfaatkan bulan Ramadan dengan turut serta dalam aktiviti yang disediakan menerusi program Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024.

Wakil pemasarannya, Bella Indah Permatasari berkata, ia bersesuaian dengan kempen produk berkenaan iaitu Detik-detik Berkat dan 'The Authentic Me' dengan mesej kepada pengguna untuk melakukan perkara yang diberkati ALLAH.

BELLA INDAH
BELLA INDAH

"Kita semua tahu ganjaran pahala dilipat gandakan ketika Ramadan sekiranya melakukan kebaikan, untuk itu kami mahu orang ramai menggunakan waktu tersebut dengan melakukan perkara positif.

"Sebagai contoh, kami memberikan minuman dan produk percuma kepada pengunjung sebagai sumbangan daripada syarikat kepada mereka yang hadir memeriahkan program iftar," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Para pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf bersedia untuk majlis berbuka puasa yang turut ditaja oleh Pharmacore.
Pharmacore Technology and Innovation (Pharmacore) melalui jenama Wardah, Kahf dan Emina Cosmetics menyediakan 1,500 cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 bermula 25 hingga 29 Mac ini.
Para pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf bersedia untuk majlis berbuka puasa yang turut ditaja oleh Pharmacore. Pharmacore Technology and Innovation (Pharmacore) melalui jenama Wardah, Kahf dan Emina Cosmetics menyediakan 1,500 cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Program berbuka puasa itu bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi.

Tambah Bella Indah, pemberian produk seperti pencuci muka dan gincu bibir kepada pengunjung bertujuan untuk mengajak lebih ramai orang menjaga kebersihan serta penampilan diri.

Artikel Berkaitan:

Para pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan cenderahati daripada Wardah.
Para pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan cenderahati daripada Wardah.

"Kita semua tahu ALLAH mencintai orang yang menjaga kesihatan dan kebersihan. Jadi, dengan inisiatif tersebut diharapkan kita berjaya memberi pendedahan kepada pengunjung.

"Diharapkan dengan usaha ini, kita dapat membawa masyarakat untuk memanfaatkan peluang yang ada bagi merebut ganjaran pahala berlipat ganda," ujarnya.< /p>

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!