Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada Jumaat.
Jenazah Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014, Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini pada Jumaat.

Anak Allahyarham, Rejaie Arbee, 42, ketika ditemui memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke Hospital Shah Alam di Seksyen 7 pada Jumaat minggu lalu.

"Pada mulanya kami syak ayah ada jangkitan paru-paru tetapi doktor maklumkan (kerana) faktor usia.

"Arwah ayah sebenarnya sudah berumur 84 tahun pada tahun ini.

"Ayah lahir pada September 1940 dan dia (arwah) dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada Jumaat minggu lalu," kata anak kelima dari tujuh beradik itu.

Terdahulu, jenazah Ahmad Rejal, 84, tiba Masjid Seksyen 7 kira-kira jam 9.30 pagi untuk dimandikan dan dikafankan seterusnya disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi pada Jumaat.

Berita sedih pemergian bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian itu, dikongsikan isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!