Tiket ke Pantai Timur, Utara masih ada

Orang ramai khususnya perantau dari Pantai Timur dan Utara yang masih belum mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, tidak perlu panik kerana tiket bas ke semua destinasi berkenaan masih ada dijual di Larkin Sentral. Gambar kecil: Ahmad Safwan
Orang ramai khususnya perantau dari Pantai Timur dan Utara yang masih belum mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, tidak perlu panik kerana tiket bas ke semua destinasi berkenaan masih ada dijual di Larkin Sentral. Gambar kecil: Ahmad Safwan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Orang ramai khususnya perantau dari Pantai Timur dan Utara yang masih belum mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, tidak perlu panik kerana tiket bas ke semua destinasi berkenaan masih ada dijual di Larkin Sentral.

Menurut Marshall Larkin Sentral, Ahmad Safwan Abd Salam, 21, namun sejak kebelakangan ini bagi perjalanan harian ia cepat kehabisan terutamanya bagi pembelian secara dalam talian.

“Untuk pengetahuan, biasanya perjalanan ke Pantai Timur dan Utara ni adalah pada waktu malam, ada juga waktu siang, tapi terhad sangat.

“Tiket-tiket yang masih ada untuk esok akan segera habis ditempah mulai petang nanti atau sebentar lagi menerusi pembelian online (dalam talian).

“Macam itu jugalah dengan pembelian di kaunter atau di kiosk, biasanya pembelian di sini adalah pada waktu lewat petang atau di awal malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Safwan berkata, orang ramai boleh membuat pembelian awal bagi mengelakkan kehabisan tiket di saat-saat akhir.
Ahmad Safwan berkata, orang ramai boleh membuat pembelian awal bagi mengelakkan kehabisan tiket di saat-saat akhir.

Tambah Ahmad Safwan, orang ramai boleh membuat pembelian awal bagi mengelakkan kehabisan tiket di saat-saat akhir.

“Setakat ini tiket ke Pantai Timur dan Utara masih ada. Macam saya katakan tadi, tiket-tiket ini cepat kehabisan.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, untuk elakkan tiket habis, orang ramai bolehlah beli lebih awal...kalau nak beli terus di kaunter (walk-in) boleh, online (dalam talian) pun boleh,” katanya.

Sementara itu Ahmad Safwan berkata, dia menjangkakan mungkin ada syarikat bas yang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas tambahan ke Pantai Timur dan Utara berdasarkan kepada trend penjualan tiket.

Katanya, seperti sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini, ada syarikat bas yang guna perkhidmatan bas tambahan bagi membawa penumpang ke destinasi.

“Macam biasa, saya memang jangka akan ada syarikat bas guna khidmat bas tambahan kerana tiket dan bas tidak mencukupi.

“Macam Tahun Baru Cina baru-baru ini, memang kelam kabut semua sebab tiket habis dan bas tak cukup...terpaksalah guna bas tambahan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!