Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun

Ibu bapa Sam Bankman-Fried, Barbara Fried (kanan) dan Joseph Bankman (kiri) keluar dari Mahkamah Persekutuan di New York, Amerika Syarikat. Foto EPA
Ibu bapa Sam Bankman-Fried, Barbara Fried (kanan) dan Joseph Bankman (kiri) keluar dari Mahkamah Persekutuan di New York, Amerika Syarikat. Foto EPA
A
A
A

NEW YORK - Pengasas perkhidmatan pertukaran mata wang kripto FTX, Sam Bankman-Fried yang disabitkan dengan kesalahan menipu, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun, lapor Agensi Berita dpa.

Hakim New York, Lewis Kaplan mengumumkan keputusan itu pada Khamis, lapor media Amerika Syarikat (AS) dari mahkamah.

Peguam yang mewakili Bankman-Fried, 32, telah mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan sejak sabitannya pada November.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Kaplan itu antara jangkaan pihak pendakwaan, yang memohon hukuman penjara 40 hingga 50 tahun namun pihak pembelaan mencadangkan hukuman penjara enam tahun.

Sekiranya Kaplan menjatuhkan hukuman seperti yang dicadangkan bagi semua pertuduhan, hukuman yang dijalani Bankman-Fried mungkin lebih 100 tahun penjara.

FTX, satu daripada pusat perdagangan terbesar untuk mata wang kripto seperti Bitcoin, runtuh pada akhir 2022. Bankman-Fried ditahan di Bahamas dan diekstradisi ke AS.

Bankman-Fried juga berada di belakang dana lindung nilai yang dipanggil Alameda Research, yang membuat transaksi berisiko dan meminjam dana dari FTX apabila cagaran sebenarnya telah didepositkan. - Bernama-dpa

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!