Tiada tambahan hari tol percuma sempena Aidilfitri - Ahmad Maslan
29 Mac 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 29 MAC 2024
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM37.6 juta bagi menampung kos tol percuma sempena sambutan Aidilfitri ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan hari tol percuma dan hal itu kekal seperti diumumkan sebelum ini.
Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April ini, kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian).
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #TolPercuma #Aidilfitri