Penuntut IPT parah, SUV rempuh lori

Keadaan SUV selepas melanggar sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai, Kota Tinggi pada Khamis.
Keadaan SUV selepas melanggar sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai, Kota Tinggi pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang wanita cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada jam 4.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 tahun dan seorang lelaki tempatan, 20, yang duduk di bahagian penumpang depan SUV Toyota Rush dengan sebuah lori Nissan UD dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

"Dalam kemalangan tersebut, wanita tersebut yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam di Johor Bahru mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan.

"Penumpang lelaki hadapan SUV tersebut pula mengalami cedera ringan di bibir dan tangan kiri manakala pemandu dan kelindan lori cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rakaman video kemalangan yang tular, memaparkan SUV berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori.
Rakaman video kemalangan yang tular, memaparkan SUV berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori.

Beliau berkata, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987.

"Polis Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama di jalan raya," ujarnya.

Terdahulu tular satu video berdurasi 25 saat yang memaparkan SUV berkenaan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh lori berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Seorang wanita cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai dekat Kota Tinggi pada Khamis. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada jam 4.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 tahun dan seorang lelaki tempatan, 20, yang duduk di bahagian penumpang depan SUV Toyota Rush dengan sebuah lori Nissan UD dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun. Jelasnya, dalam kemalangan itu, wanita yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam di Johor Bahru mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan manakala penumpangnya cedera ringan di bibir dan tangan kiri. Pemandu kelindan lori cedera ringan. Terdahulu tular satu video berdurasi 25 saat yang memaparkan SUV berkenaan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh lori berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #Kemalangan #JalanRaya #IPT #SUV #Lori

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!