Perdana Menteri ziarah Menteri Agama di hospital
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menziarahi beliau di Hospital Putrajaya pada petang Jumaat.
Perkara itu dikongsikan Mohd Na'im menerusi hantaran di X.
"Terima kasih kerana telah mendoakan kesembuhan buat saya. Semoga sedikit masa lagi, saya akan bertugas semula seperti biasa," katanya.
Sebelum ini, Mohd Na'im dilaporkan berada di hospital untuk menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.
Menerusi hantaran di laman X, Mohd Naim berkata, prosedur berkenaan berlangsung pada jam 8 pagi Khamis.
Pada hantaran sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!