Kebakaran di Kayu Madang padam selepas hampir seminggu

Operasi memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Operasi memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu berjaya dipadamkan sepenuhnya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah Kayu Madang di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda berkata, kebakaran di kawasan seluas 4.57 hektar melibatkan sisa pembuangan tayar terpakai itu telah memasuki hari keenam.

Pasukan bomba memantau keadaan di tapak pelupusan sampah Kayu Madang di Kota Kinabalu.
Pasukan bomba memantau keadaan di tapak pelupusan sampah Kayu Madang di Kota Kinabalu.

"Operasi pemadaman kebakaran dibahagikan kepada empat sektor iaitu sektor A, B, C dan D dan semua berjaya dipadamkan 100 peratus.

"Operasi ditamatkan pada jam 3.15 petang oleh Penolong Pengarah Operasi Negeri Hamsa Isnurdini dengan pemantauan berterusan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dan keadaan di kawasan tersebut juga hujan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, Abdul Razak memaklumkan operasi pemadaman membabitkan seramai 41 anggota dari BBP Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

"Sebanyak 26 lori, dua jentera berat dan satu traktor digunakan untuk kerja-kerja menimbus tayar terbuang yang terbakar dengan menggunakan tanah," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!