TikTok, Meta, SnapChat kena saman

Platform media sosial TikTok dan SnapChat didakwa mengganggu proses pembelajaran. Foto Agensi
Platform media sosial TikTok dan SnapChat didakwa mengganggu proses pembelajaran. Foto Agensi
A
A
A

TORONTO - Empat lembaga sekolah terbesar di Ontario, Kanada mengambil tindakan undang-undang terhadap TikTok, Meta dan SnapChat dengan mendakwa platform media sosial itu mengganggu proses pembelajaran.

Lembaga sekolah yang memfailkan saman itu ialah Lembaga Sekolah Daerah Toronto, Lembaga Sekolah Daerah Peel, Lembaga Sekolah Daerah Katolik Toronto dan Lembaga Sekolah Daerah Ottawa-Carleton.

Kesemua mereka menuntut ganti rugi melebihi AS$2.9 bilion (kira-kira RM13.67 bilion) kerana gangguan pembelajaran pelajar dan sistem pendidikan.

Pemegang amanah Lembaga Sekolah Daerah Toronto, Rachel Chernos berkata, guru dan ibu bapa menyedari pelajar kurang bersosial, mengalami kebimbangan, masalah perhatian, buli siber dan isu kesihatan mental.

“Syarikat-syarikat itu secara sedar mencipta program yang ditujukan dan dipasarkan kepada golongan muda. Ia menyebabkan kemudaratan ketara dan kami tidak boleh berdiam diri serta tidak bercakap mengenainya,” katanya.

Puluhan negeri di Amerika Syarikat (AS) termasuk California dan New York turut menyaman Meta Platforms Inc kerana mendatangkan keburukan kepada golongan muda dan menyumbang kepada krisis kesihatan mental.

Mereka turut mendakwa reka bentuk ciri di Instagram dan Facebook secara sedar dan sengaja menyebabkan kanak-kanak ketagih kepada platform berkenaan.

Platform seperti Facebook dan Instagram didakwa 'direka bagi kegunaan kompulsif dan menyusun semula cara kanak-kanak berfikir, berkelakuan dan belajar serta guru dibiarkan untuk menguruskan akibatnya'.

Artikel Berkaitan:

Meta Platforms Inc. memiliki Facebook dan Instagram, manakala SnapChat dan TikTok masing-masing dimiliki oleh Snap Inc dan ByteDance Ltd. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!