Hasrat berbuka puasa ala Madinah tercapai

Para pengunjung yang hadir berbuka puasa di dalam khemah berbumbung.Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
Para pengunjung yang hadir berbuka puasa di dalam khemah berbumbung.Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah keluarga sanggup meredah perjalanan jauh melebihi 300 kilometer (km) dari Kuala Nerus,Terengganu ke Shah Alam, Selangor bagi merasai suasana berbuka puasa ala Madinah.

Mohd Razmi Abd Latif, bersama isteri, Zaini Salleh, serta empat anak mereka telah menyimpan hasrat untuk berbuka pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf sejak tahun lepas namun tidak dapat direalisasikan.

Mohd Razmi bersama isteri, Zaini serta empat anak mereka teruja dapat berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Karangkraf pada Khamis. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
Mohd Razmi bersama isteri, Zaini serta empat anak mereka teruja dapat berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Karangkraf pada Khamis. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hasrat mereka sekeluarga tercapai pada tahun ini.

“Tahun lepas saya dan keluarga hanya dapat melihat dari jauh tetapi tahun ini kami dapat merasai sendiri pengalaman berbuka puasa bersama orang ramai di Dataran Karangkraf,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurut Mohd Razmi, mereka yang menginap seketika di rumah anak saudara di Cheras, Kuala Lumpur keluar seawal jam 4 petang bagi mengelak kesesakan lalu lintas sebelum tiba di destinasi.

“Saya mengetahui tentang program iftar ini daripada anak yang melihat tentang iklan di Facebook Sinar Harian.

“Jadi anak saya mengambil inisiatif untuk daftarkan kehadiran kami semua,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Edi Azrul, yang datang dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur berkata, program Iftar Ala Madinah yang berlangsung pada Khamis merupakan kehadiran kali keempatnya.

Mohd Edi Azrul bersama isteri dan dua anaknya hadir buat kali keempat. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
Mohd Edi Azrul bersama isteri dan dua anaknya hadir buat kali keempat. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid

“Selalunya kita lihat ramai yang berbuka puasa di hotel misalnya, jadi kali ini saya nampak program anjuran Karangkraf ini ada kelainan, satu konsep yang sangat menarik iaitu iftar beramai-ramai secara terbuka,” katanya.

Tambahnya, program tersebut turut diisi dengan tazkirah Ramadan dan beberapa aktiviti turut menarik perhatian.

Wajib daftar dulu

Sementara itu, orang ramai yang berhasrat untuk sama-sama memeriahkan Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 diwajibkan untuk mendaftarkan diri selewat-lewatnya dua hari sebelum hadir.

Iftar Ala Madinah @Karangkraf kini membuka penyertaan kepada 2,000 pengunjung setiap hari. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
Iftar Ala Madinah @Karangkraf kini membuka penyertaan kepada 2,000 pengunjung setiap hari. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 yang bermula 13 Mac hingga 5 April kini terbuka kepada 2,000 pengunjung sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Antara rutin petugas setiap hari ialah menyusun balang air dan membentang tikar di kawasan Dataran Karangkraf, Shah Alam untuk program iftar. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
Antara rutin petugas setiap hari ialah menyusun balang air dan membentang tikar di kawasan Dataran Karangkraf, Shah Alam untuk program iftar. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid

Program bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Antara aktiviti yang disediakan kepada pengunjung ialah sesi tazkirah, ceramah, kuiz, jualan produk dan pelbagai lagi aktiviti bermanfaat bagi mengambil keberkatan Ramadan.

Petugas Iftar Ala Madinah membawa bekas minuman untuk disusun di atas meja bagi memudahkan pengunjung. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid
Petugas Iftar Ala Madinah membawa bekas minuman untuk disusun di atas meja bagi memudahkan pengunjung. Foto Sinar Harian-Rosli Talib dan Mohd Halim Abdul Wahid

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!