AMK aktifkan jentera hadapi PRK Kuala Kubu Baharu

Adam Adli ketika ditemui pemberita semasa hadir pada Majlis Iftar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Jumaat.
Adam Adli ketika ditemui pemberita semasa hadir pada Majlis Iftar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mengaktifkan jenteranya bagi memastikan keperluan dan persediaan mencukupi untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, program-program telah pun disusun terutamanya untuk mendekati golongan muda di kawasan itu.

"Kita sudah aktifkan(jentera) terutamanya AMK Selangor.

"Insya-ALLAH, kita akan banyakkan program terutamanya mendekati orang muda.

"Kita akan melibatkan banyak pihak dan akan pastikan bahawa menjelang PRK ini kita kekalkan prestasi sebelum ini dan membantu calon bertanding sebaik mungkin," katanya.

Adam Adli (depan, dua dari kiri) hadir pada IFtar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Jumaat
Adam Adli (depan, dua dari kiri) hadir pada IFtar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Jumaat

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir pada Majlis Iftar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Jumaat.

Sementara itu, ditanya berhubung kemungkinan calon Melayu bakal diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, beliau memberitahu menyerahkan kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk berbincang sebaiknya dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP meninggal dunia akibat kanser.

Mendiang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan sejak tahun 2013.


Isu 3R: Keharmonian negara keutamaan AMK

SEREMBAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan menyimbah minyak pada api marak dalam isu 3R (agama, kaum dan raja) bagi mengelak keadaan lebih panas dalam negara.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, menjaga keharmonian negara adalah menjadi keutamaan dan sebaiknya isu yang berlaku diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

"Kita turut mengecam dalam beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini, namun kita perlu pastikan terutamanya sebagai pemimpin, ada tanggungjawab dan fardu kifayah untuk jaga keharmonian, keselamatan masyarakat.

"Kita tidak mahu menjadi seperti keadaan tegang dan menambah minyak pada api yang sudah marak.

"Ini bukan lagi soal siapa yang paling bersuara atau lantang, tapi soalnya siapa yang ambik tanggungjawab jaga keharmonian masyarakat," katanya ditemui pemberita ketika hadir pada Majlis Iftar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai AMK dikatakan seolah-olah senyap dalam isu 3R berbanding Pemuda UMNO yang agresif bersuara dalam isu tersebut.

Tambah Adam Adli, AMK juga tidak mahu gesaan yang dilakukan pihaknya dalam isu berkenaan akan menjadi faktor pendorong tindakan di luar batasan oleh individu tertentu.

Sebaiknya katanya, gesaan itu dibuat kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya.

"Semua kena jaga sensitiviti masing-masing.

"Bila kita cakap isu 3R, tujuan dia untuk pastikan masyarakat tidak bertelagah.

"Kalau kita bersuara dan hasilnya masyarakat makin bertelagah serta suhunya makin panas, saya rasa itu tak membantu langsung," katanya.

Jelasnya, AMK tidak mahu terlalu terikut-ikut dengan tindakan pihak tertentu sehingga hilang rasional atau pendirian.

Ujarnya lagi, sebagai sebuah negara yang mempunyai komposisi kaum yang majmuk, masyarakat tidak dapat lari daripada berhadapan dengan masalah berhubung isu perkauman.

"Maka kita harus berada dalam landasan yang betul bila kita teliti isu-isu sebegini.

"Yang betul, kita cakap betul, yang salah kita kena perbetulkan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!