Penyokong KDA FC beri sambutan hangat aksi pertama pramusim

Seramai 1,656 penyokong setia Kedah Darul Aman (KDA) FC hadir menyaksikan perlawanan pertama pramusim 2024-2025 di Stadium Sultan Abdul Halim pada malam Jumaat. Foto KDA FC
Seramai 1,656 penyokong setia Kedah Darul Aman (KDA) FC hadir menyaksikan perlawanan pertama pramusim 2024-2025 di Stadium Sultan Abdul Halim pada malam Jumaat. Foto KDA FC
A
A
A

BIARPUN berstatus perlawanan latihan pramusim 2024-2025, ia tidak menghalang minat seramai 1,656 penyokong setia Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk hadir menyaksikan pasukan kesayangan mereka menentang skuad Penang FC bawah 23 tahun pada malam Jumaat.

Sambutan hangat juga ditunjukkan oleh 878 penyokong setia pasukan yang tidak melepaskan peluang untuk menontonnya melalui siaran langsung secara dalam talian.

Pekarangan padang Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar pada perlawanan pertama pramusim itu dipenuhi oleh penyokong Sang Kenari yang bersemangat memberikan sokongan kepada pemain sepanjang perlawanan yang menyaksikan KDA FC menang besar 4-0.

Gol pertama KDA FC menjelma seawal minit ke-15 minit hasil jaringan Akmal Zahir (empat dari kiri). Foto KDA FC
Gol pertama KDA FC menjelma seawal minit ke-15 minit hasil jaringan Akmal Zahir (empat dari kiri). Foto KDA FC

Gol pertama yang ditunggu-tunggu pasukan tuan rumah menjelma seawal minit ke-15 minit hasil jaringan Akmal Zahir bagi meletakkan KDA FC di hadapan 1-0.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Penang FC bawah 23 tahun cuba bangkit memberikan saingan kepada lawannya yang dibarisi beberapa pemain pengalaman seperti Sony Norde, Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali.

Tuan rumah mula berpesta gol apabila gol kedua muncul pada separuh masa kedua hasil jaringan Loqman Hakim Marzuki pada minit ke-58 untuk kedudukan 2-0.

Artikel Berkaitan:

Pekarangan padang Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar pada perlawanan pertama pramusim itu dipenuhi oleh penyokong Sang Kenari pada malam Jumaat. Foto KDA FC
Pekarangan padang Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar pada perlawanan pertama pramusim itu dipenuhi oleh penyokong Sang Kenari pada malam Jumaat. Foto KDA FC

Menuju penghujung perlawanan, Rizal dan Syafiq memastikan kemenangan bergaya tuan rumah 4-0 apabila menjaringkan gol ketiga dan keempat pada minit ke-84 dan 86.

Perlawanan latihan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh pengendali KDA FC, Nafuzi Zain untuk membina momentum pemain dari aspek kecergasan dan keserasian dalam persiapan musim ini.

Pasukan Sang Kenari akan mengatur satu lagi perlawanan persahabatan yang dijangka diadakan pada 5 April depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!