Wan Arif-Roy King teruskan kemaraan di Sepanyol

Wan Arif-Roy King mara kelompok empat terbaik di Sepanyol. Foto Agensi
Wan Arif-Roy King mara kelompok empat terbaik di Sepanyol. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU badminton muda negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meneruskan persembahan cemerlang apabila mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Sepanyol Masters.

Wan Arif-Roy King, berstatus nombor 65 dunia mara ke kelompok empat terbaik kejuaraan Super 300 itu selepas menyingkirkan cabaran pilihan kelapan dari India, Arjun Madathil Ramachandran-Dhruv Kapila pada Jumaat.

Biarpun pun begitu, Wan Arif-Roy King berdepan tentangan sengit dalam perlawanan yang berlangsung selama 62 minit di Pusat Sukan Perbandaran Gallur, Madrid tersebut.

Set pertama Wan Arif-Roy King menang 21-19, sebelum Arjun Madathil Ramachandran-Dhruv Kapila kembali bangkit menang set kedua 23-21.

Set ketiga, Wan Arif-Roy King menampilkan permainan lebih kemas berjaya menyaingi tekanan serta gaya pantas Arjun Madathil Ramachandran-Dhruv Kapila untuk menang 21-17.

Halangan Wan Arif-Roy King seterusnya adalah wakil Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov yang menjinakkan Huang Di-Liu Yi dari China, 14-21, 21-18, 21-18 dalam masa 67 minit.

Sementara itu, cabaran pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao terhenti di suku akhir selepas tewas straight set kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen, 16-21, 12-21 dalam masa 33 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!