23 lokasi Jualan Makmur Aidilfitri di Pahang

Foto Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
Foto Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan Program Jualan Makmur Aidilfitri di 23 lokasi di negeri ini bermula 3 hingga 7 April depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penganjuran Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang itu bertujuan mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutamanya untuk persiapan menyambut Aidilfitri

Menurutnya, Jualan Makmur itu akan diadakan selama lima hari melibatkan beberapa premis pasar raya dan dewan di lokasi terpilih seluruh Pahang.

"Menerusi Jualan Makmur ini, subsidi barangan keperluan dijual ditanggung kerajaan negeri antara 15 hingga 30 peratus daripada harga jualan asal.

"Jualan ini diselaraskan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Sim Chọn Siang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pasar raya- pasar raya terlibat," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Wan Rosdy berkata, rakyat Pahang diharap mengambil peluang itu untuk bersama- sama menjayakan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 yang sudah pastinya akan memberi manfaat kepada semua.


Berikut adalah lokasi dan tarikh Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang:

3 hingga 4 April 2024

- Lokasi di Triang dan Guai, Bera; bandar Bentong dan Pelangai, Bentong; Kerdau, bandar Temerloh dan Jenderak,Temerloh; bandar Jerantut, Jerantut

Artikel Berkaitan:

5 hingga 6 April 2024

- Lokasi di Paya Besar, Semambu dan Teruntum di Kuantan; Dong dan bandar Raub di Raub; Padang Tengku, Benta di Lipis; Jelai,Cameron Highlands

6 hingga 7 April 2024

- Lokasi di Bebar, Peramu dan Chini di Pekan; bandar Maran dan Jengka, Maran dan Muadzam Shah serta bandar Rompin, Rompin

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!