Sidang media khas Ketua Polis Negara petang ini

ABDUL HAMID BADOR
ABDUL HAMID BADOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu sidang media khas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dijangka dibuat jam 3 petang ini berhubung penangkapan 17 individu yang dikaitkan dengan dadah di sebuah premis di Puchong semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu tular di media sosial seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor antara 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan sebuah premis di Jalan Puchong, di sini, semalam.

Difahamkan kehadiran anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ke lokasi berkenaan atas aduan orang awam kerana bunyi bising.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran 'private party' dipremis berkenaan yang turut melibatkan perjudian dan penggunaan dadah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!