Kedai serbaneka dibaling molotov cocktail dibuka seperti biasa

Kedai serbaneka di Sungai Isap di sini dibuka seperti biasa selepas kejadian dibaling molotov cocktail oleh individu tidak dikenali hingga berlaku kebakaran kecil di pintu masuk premis pada awal pagi Sabtu.
Kedai serbaneka di Sungai Isap di sini dibuka seperti biasa selepas kejadian dibaling molotov cocktail oleh individu tidak dikenali hingga berlaku kebakaran kecil di pintu masuk premis pada awal pagi Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kedai serbaneka di Sungai Isap di sini yang dibaling molotov cocktail oleh individu tidak dikenali hingga berlaku kebakaran kecil di pintu masuk pada awal pagi Sabtu dibuka seperti biasa.

Tinjauan di lokasi mendapati pekerja yang bertugas untuk syif pagi menjalankan aktiviti rutin mereka di premis berkenaan.

Salah seorang pekerja yang ditemui memberitahu, tiada arahan penutupan kedai dilakukan susulan kejadian awal pagi itu.

Bagaimanapun, pekerja berkenaan enggan mengulas lanjut tentang kejadian memandangkan tiada di lokasi ketika insiden itu berlaku.

Dalam kejadian pada jam 5.14 pagi itu, empat rak jualan termasuk beberapa barang jualan dalam premis yang dipercayai baru beroperasi kira-kira dua minggu mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.

Pihak polis tidak menolak kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH yang terkait dengan sebuah cawangan pasar raya itu sebelum ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!