Orang ramai sambut baik kempen Wardah
SHAH ALAM - Sepanjang bulan Ramadan, Paragon Technology and Innovation (Paragon) melalui jenama Wardah, Kahf dan Emina telah menjalankan pelbagai program dalam usaha untuk menyebarkan mesej positif, mengajak dan menggalakkan perkara baik di bulan mulia ini.
Antara program yang dijalankan adalah kempen #teruskanlangkahbaikmu dan #detikdetikberkat selain menyediakan cenderamata sebanyak 1,500 sepanjang lima hari tajaan program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
Seorang pengunjung Syarifah Hanisah Syed Yunus, 25 berkata, dia percaya kempen yang dijalankan oleh Wardah dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berbuat baik dan memberi kesan berpanjangan.
"Saya sendiri pakai Wardah dan sering mengikuti produk terbaru mereka sekali gus membuatkan saya sedar mengenai kempen yang dijalankan," ujarnya.
Sementara itu, seorang pelajar Yusuf Syafirol Hafiz, 17 memberitahu, kempen dan pemberian cenderamata itu perlu diteruskan oleh Wardah kerana dapat menarik perhatian masyarakat tidak kira umur dan jantina.
"Saya sendiri tertarik dengan produk Wardah selepas mendapat barangan percuma ketika mengunjungi program Iftar Ala Madinah @Karangkraf," ujarnya.
Bagi Wan Nur iffah Haziqah Md Zamri, 30, kempen Wardah itu dapat membuka mata orang ramai mengenai kecantikan.
"Saya juga berpendapat kempen sebegini baik untuk memasarkan produk Wardah agar lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia tetap negar lain juga," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!