Dua cedera treler muatan besi terbabas ke dalam gaung

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa tersepit dalam treler. Foto bomba
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa tersepit dalam treler. Foto bomba
A
A
A

GERIK - Dua lelaki cedera selepas treler muatan besi dinaiki mereka terbabas ke gaung sedalam tujuh meter di Kilometer 57, Jalan Raya Timur - Barat Gerik - Jeli di sini pada Sabtu.

Kejadian itu menyebabkan pemandu berusia 52 tahun mengalami kecederaan di kepala manakala kelindan berusia 43 tahun luka di kaki kiri.

Difahamkan treler yang dalam perjalanan ke Gerik dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke gaung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.32 pagi.

Pasukan bomba dari BBP Gerik menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa tersepit dalam treler. Foto bomba
Pasukan bomba dari BBP Gerik menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa tersepit dalam treler. Foto bomba

Menurut beliau, setibanya di lokasi, seorang mangsa telah dikeluarkan oleh anggota tentera yang melalui kawasan tersebut.

"Terdapat seorang lagi mangsa yang tersepit di dalam treler.

"Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebuah treler muatan besi terbabas ke gaung menyebabkan dua lelaki cedera di Gerik. Foto bomba
Sebuah treler muatan besi terbabas ke gaung menyebabkan dua lelaki cedera di Gerik. Foto bomba

Mohd Azizan berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!