Wardah tawar potongan harga sehingga 35 peratus di MITEC
SHAH ALAM - Wardah, Kahf dan Emina menawarkan potongan harga sehingga 35 peratus merangkumi produk kecantikan dan kosmetik di Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 (ABXGR24).
ABXGR24 akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 29 Mac hingga 1 April selama 66 jam tanpa henti untuk persediaan menyambut kedatangan Syawal.
Katanya, orang ramai hanya perlu datang ke reruai dan mengikuti laman sosial Instagram Wardah untuk berpeluang mendapatkan produk percuma.
"Menjelang persiapan raya, pengunjung boleh singgah ke reruai Wardah dan Kahf untuk mendapatkan pelbagai tawaran potongan harga dan hadiah dengan pembelian berupa tudung kolaborasi Harirose x Wardah, kotak pin Wardah, t-shirt Kahf, topi, produk percuma serta sampul raya eksklusif.
Tambah Nur Wan Izyan Hani, pengunjung yang berminat untuk mencuba glasting liquid lip, boleh mengunjungi reruai Wardah dan buat pembelian di Tiktok.
"Wardah melancarkan Glasting liquid lip pada tengah malam 28 Mac 2024 dan mendapat sambutan viral di media sosial sehingga merekodkan jualan lebih 1,000 batang dalam masa kurang dari satu jam," jelasnya.
"Wardah merasakan kita patut sertai lagi sekali pada tahun ini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan tahun lepas selain ingin berjumpa dengan pelanggan dan mendengar sendiri pandangan mereka mengenai produk Wardah.
"Alhamdulillah, tahun ini, hari pertama telah nampak sambutan memberangsangkan. Semoga lebih ramai orang menggunakan Wardah dan memberi manfaat kepada semua pengguna," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!