Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya di Sungai Udin, Tawau.
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya di Sungai Udin, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Lelaki yang dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menyeberang sungai ditemukan maut dengan keadaan mayatnya tidak sempurna di Sungai Udin di sini pada Sabtu.

Mayat Zulkefli Sunan, 52, ditemukan di tepi sungai oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi pencarian memasuki hari kedua diteruskan bermula jam 7.23 pagi di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan bot dengan dibantu bot orang awam pada jarak satu kilometer dari mangsa dibaham buaya.

"Operasi pencarian berakhir apabila mangsa ditemukan di tepi sungai dua kilometer dari dari hilir sungai.

"Mayat mangsa juga ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu hanya separuh badan tanpa kaki dipercayai akibat dibaham buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Jemishin berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan jam 2.21 petang selepas mangsa ditemukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!