Tebusan kafe di Belanda bebas selepas suspek serah diri

Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue. - Foto Reuters
Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue. - Foto Reuters
A
A
A

AMSTERDAM - Situasi penahanan tebusan di Bandar Ede, Belanda berakhir dengan penahanan seorang individu, lapor media tempatan pada Sabtu menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue, menurut jurucakap kepada datuk bandar tempatan, lapor Agensi Berita ANP.

Penahanan tebusan pada pagi Sabtu membawa kepada operasi besar-besaran polis di bandar ke timur Utrecht itu. Sementara itu Sputnik melaporkan tiga orang yang ditahan sebagai tebusan di sebuah kafe di Ede telah dibebaskan, kata polis pada Sabtu.

Terdahulu pada hari ini polis Belanda berkata beberapa orang telah ditahan sebagai tebusan di Ede tetapi tiada tanda ia bermotifkan keganasan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!