Pahang agih lebih RM788,000 buat pegawai masjid sempena Aidilfitri

Syed Ibrahim (kanan) menyampaikan bantuan khas Aidilfitri kepada imam, bilal dan siak dari Wilayah Jengka, Semantan, Lanchang, Mentakab, Bera dan Maran pada majlis penyampaian di Masjid Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada Ahad.
Syed Ibrahim (kanan) menyampaikan bantuan khas Aidilfitri kepada imam, bilal dan siak dari Wilayah Jengka, Semantan, Lanchang, Mentakab, Bera dan Maran pada majlis penyampaian di Masjid Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM788,000 sebagai bantuan 'one off' kepada 3,343 pegawai masjid terdiri imam, bilal dan siak di negeri ini sempena Aidilfitri.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, daripada jumlah itu, RM360,900 diagihkan kepada 1,203 imam dengan bayaran RM300 setiap orang manakala RM200 bagi 1,075 bilal membabitkan peruntukkan RM215,000.

Menurutnya, RM213,000 lagi disediakan untuk 1,065 siak dengan bayaran RM200 setiap orang.

Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berkata, idea bayaran bantuan 'one off' kepada pegawai masjid itu dicetus Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Sumbangan itu dipersetujui mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan negeri terkini yang mengizinkan.

"Kestabilan pendapatan tanpa membebankan rakyat itu hasil dari kesungguhan kerajaan negeri mengurusnya dengan baik dan tidak semua negeri mampu mencapainya," ujarnya.

Syed Ibrahim (kanan) menyampaikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai masjid pada majlis penyampaian di Masjid Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada Ahad.
Syed Ibrahim (kanan) menyampaikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai masjid pada majlis penyampaian di Masjid Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada Ahad.

Jelasnya, keupayaan itu pula terbina di atas kestabilan politik dan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya kestabilan itu terus dipertahan dan diperkasakan sudah pasti ia akan memberi pulangan yang lebih besar dan kerajaan juga dapat berbakti dengan lebih sempurna dan baik untuk rakyat.

"Semoga negeri Pahang terus makmur dan sentiasa membina kebajikan untuk rakyat.

"Pada masa sama, usaha memperkasakan agama Islam di negeri ini juga dapat ditambah baik dan diperkasakan," katanya.

Beliau sebelum itu hadir menyempurnakan penyampaikan Bantuan Khas Aidilfitri itu kepada imam, bilal dan siak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada Ahad.

Pengagihan bantuan itu melibatkan penerima dari Wilayah Jengka, Semantan, Lanchang, Mentakab, Bera dan Maran manakala penerima bagi sebahagian daerah seperti Kuantan, Lipis, Raub, Bentong dan Cameron telah selesai diagihkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!