Kek Hati Pari
A
A
A
Zaleha berkata, tidak seperti kek lapis Sarawak yang lain yang terdapat pelbagai lapisan dan kepelbagaian warna dan corak, kek ini ringkas namun pembuatannya dianggap rumit dan memerlukan ketangkasan dan ketajaman deria bau dan mata.
Dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak, kek berkenaan juadah wajib pada pagi Syawal, khusus bagi menjamu sanak saudara atau sahabat handai yang datang bertandang, malah suasana Aidilfitri pasti kurang sempurna tanpa kehadirannya.
Seunik namanya, Kek Hati Pari juga cukup istimewa dari segi pembuatannya, bermula dari ramuan asasnya iaitu kismis dan gula perang serta tepung gandum menjadikan warna kek berkenaan seperti warna hati ikan pari, sekali gus menjadi asal usul kepada nama kek itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!