Pemuda UMNO gesa pelontar bom petrol dihukum

Dr Akmal (kiri) dan mengulas kenyataan Saifuddin Nasution dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Dr Akmal (kiri) dan mengulas kenyataan Saifuddin Nasution dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa pelaku yang terlibat dalam insiden kedua-dua kedai serbaneka KK Super Mart dilempar bom petrol dikenakan hukuman yang berat.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, oleh itu iasatan segera perlu dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, pihaknya turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan melibatkan keganasan berkenaan dari hari pertama ia berlaku lagi.

“Kita mohon agar siasatan segera dapat dilakukan dan pelaku dikenakan hukuman yang berat tidak kira pelaku tersebut dari mana-mana pihak sekalipun!

“Siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak atas insiden yang berlaku ini,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak yang mendorong boikot terhadap KK Super Mart perlu mengambil tanggungjawab meredakan dan menghentikan terus perbuatan membakar sentimen orang ramai.

Saifuddin berkata, ia susulan kejadian kedua melempar bom petrol terhadap sebuah premis KK Super Mart di Sungai Isap pada jam 5 pagi pada Sabtu.

Katanya, tindakan terbabit menimbulkan keresahan penduduk setempat dan rakyat keseluruhannya menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, pihaknya kekal tenang dan akan meneruskan gesaan boikot KK Super Mart.

"Kita kekal tenang dan teruskan boikot," kata beliau lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!