1.06 juta rakyat Perak sudah daftar PADU

Mohd Azlan (kanan) mencuba memadankan pakaian kepada penerima sempena Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad.
Mohd Azlan (kanan) mencuba memadankan pakaian kepada penerima sempena Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad.
A
A
A

GOPENG - Sebanyak 1.06 juta rakyat di Perak telah berjaya mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat jam 12 tengah malam pada Sabtu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, jumlah itu adalah melebihi 50 peratus daripada keseluruhan 1.8 juta penduduk negeri ini yang layak mengisi.

"Dalam sehari dua ini nampak perkembangan yang positif, walaupun tidak secara keseluruhan tetapi rakyat mulai ramai mendaftar dalam sistem PADU ini.

"Saya yakin, mana-mana individu yang keciciran dalam pendaftaran ini, kerajaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menanganinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Ahad.

Seramai 214 individu kalangan golongan B40 diraikan menerusi pemberian baucar RM150 setiap seorang bagi penyediaan kelengkapan Aidilfitri tahun ini.
Seramai 214 individu kalangan golongan B40 diraikan menerusi pemberian baucar RM150 setiap seorang bagi penyediaan kelengkapan Aidilfitri tahun ini.

Dalam program itu, seramai 214 individu kalangan golongan B40 diraikan menerusi pemberian baucar RM150 setiap seorang bagi penyediaan kelengkapan Aidilfitri tahun ini.

Mohd Azlan berkata, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan cadangan agar tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan bagi memberi peluang kepada semua warga negara mendaftar.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, lanjutan tempoh itu tidak diteruskan dan pendaftaran sistem PADU berakhir pada 31 Mac 2024.

"Kita faham, ada masa-masa telah diperuntukkan. Dalam perkara ini, mungkin kerajaan ada strategi lain yang telah disusun," katanya.

End

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!