Dua maut nahas libatkan lori, treler
KUANTAN - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan lori dan sebuah treler di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.
Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang lori manakala pemandu treler dilaporkan cedera.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 1.25 tengah hari.
Menurutnya, enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muazdam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.
"Ketika tiba di lokasi mendapati, dua mangsa meninggal dunia dan salah seorang tersepit dalam lori.
"Pemandu treler yang cedera telah dihantar ke hospital sebelum pihak bomba sampai di lokasi," katanya.
Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan menyelamat dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!