Kerajaan baharu Palestin angkat sumpah
MOSCOW - Kerajaan baharu Palestin yang diketuai oleh Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa akan mengangkat sumpah pada Ahad, lapor Sputnik.
Mustafa mengemukakan senarai Kabinet baharu dan pelan tindakannya kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada 28 Mac.
Abbas kemudian menandatangani dekri mengenai kelulusan kerajaan baharu.
Abbas melantik Mustafa sebagai perdana menteri pada pertengahan Mac. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!