Polis terima laporan guru didakwa lakukan pedofilia

Muhamad Zaki (dua, kanan) menyampaikan bakul makanan kepada pegawai polis pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 pada Ahad.
Muhamad Zaki (dua, kanan) menyampaikan bakul makanan kepada pegawai polis pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan aktiviti pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu dibuat oleh pelajar berkenaan dan polis melakukan siasatan secara telus dan tidak berpihak kepada mana-mana individu.

"Keterangan daripada beberapa saksi juga akan diambil dan siasatan mengambil kira dalam semua aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah mereka hubungi.

"Siasatan akan dilakukan secara terperinci dan jika perlu turut membabitkan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di sini pada Ahad.

Muhamad Zaki (kiri) bersalam dengan wakil media yang hadir pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 pada Ahad.
Muhamad Zaki (kiri) bersalam dengan wakil media yang hadir pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 pada Ahad.

Menurutnya, beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dan buat masa ini beliau tidak mendedahkan maklumat berkaitan mangsa serta suspek.

Artikel Berkaitan:

"Individu yang mempunyai maklumat juga boleh tampil memberi keterangan dan jika mahu hadir secara rahsia, mereka boleh terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki turut menasihat masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menubuhkan satu pasukan dari ibu pejabat agensi itu bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan aktiviti pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui Aplikasi X turut mengesahkan guru terbabit sudah digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!