Kean Yew juara Sepanyol Masters

Kean Yew Foto: Madrid Spain Masters
Kean Yew Foto: Madrid Spain Masters
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan Singapura, Loh Kean Yew merangkul Kejuaraan Badminton Sepanyol Masters di Pusat Sukan Perbandaran Gallur, Madrid pada Ahad.

Pencapaian itu sekali gus membolehkan Kean Yew menamatkan kemarau gelarannya di negara yang sama ketika beliau merangkul gelaran Kejohanan Dunia lebih dua tahun lalu.

Kean Yew, pemain nombor 11 dunia, menewaskan wakil Perancis, Toma Junior Popov 21-11, 15-21, 22-20 dalam aksi 58 minit sekali gus merangkul kejuaraan pertamanya sejak Kejohanan Dunia 2021.

Sebagai rekod, ini adalah pertemuan kelima Kean Yew menentang Popov, yang menyaksikan beliau memenangi semua lima perlawanan menentang lawan berstatus ranking ke-25 dunia itu.

Ini juga adalah gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketiga Kean Yew selepas Thailand Masters (2019) dan Terbuka Jerman (2021).

Juara acara perseorangan wanita pula menjadi milik pemain Thailand, Ratchanok Intanon yang berjaya menewaskan rakan senegara Supanida Katethong.

Ratchanok pemain nombor 14 dunia menjinakkan Supanida Katethong yang berstatus 17 dunia straight set, 21-12, 21-9 dalam masa 30 minit.

Wan Arif-Roy King kedua terbaik di Sepanyol Masters

BEREGU badminton lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menampilkan persembahan bertenaga sebelum tewas kepada gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam aksi final kejuaraan Sepanyol Masters pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Set pertama, Wan Arif-Roy King, berstatus nombor 65 dunia ternyata diberikan tentangan sengit sebelum tewas 18-21 kepada Sabar-Moh Reza yang bernombor 34 dunia.

Namun set kedua, Wan Arif-Roy King kembali mempamerkan belang memberi tekanan sebelum menang 21-17 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan Sabar-Moh Reza dan Wan Arif-Roy King masing-masing tampil lebih agresif sebelum aksi dimenangi beregu Indonesia 21-19 dalam masa 52 minit.

Bagi acara beregu wanita pula, pasangan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi muncul juara selepas menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi.

Iwanaga-Nakanishi berstatus nombor 15 dunia bangkit kekalahan set pertama menyingkirkan cabaran Febriana -Amallia beregu nombor 17 dunia, 12-21, 21-8, 21-16 dalam masa 64 minit.

Bagi acara beregu campuran pula, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia muncul juara selepas menewaskan wakil China, Cheng Xing/Zhang Chi.

Rinov-Pitha nombor 17 dunia tampil penuh bertenaga bangkit tewas set pertama untuk menang ke atas Cheng Xing-Zhang Chi (nombor 58) 17-21, 21-12, 21-13 dalam masa 53 minit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!