Wan Arif-Roy King kedua terbaik di Sepanyol Masters
BEREGU badminton lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menampilkan persembahan bertenaga sebelum tewas kepada gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam aksi final kejuaraan Sepanyol Masters pada Ahad.
Set pertama, Wan Arif-Roy King, berstatus nombor 65 dunia ternyata diberikan tentangan sengit sebelum tewas 18-21 kepada Sabar-Moh Reza yang bernombor 34 dunia.
Namun set kedua, Wan Arif-Roy King kembali mempamerkan belang memberi tekanan sebelum menang 21-17 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Set penentuan Sabar-Moh Reza dan Wan Arif-Roy King masing-masing tampil lebih agresif sebelum aksi dimenangi beregu Indonesia 21-19 dalam masa 52 minit.
Bagi acara beregu wanita pula, pasangan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi muncul juara selepas menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi.
Iwanaga-Nakanishi berstatus nombor 15 dunia bangkit kekalahan set pertama menyingkirkan cabaran Febriana -Amallia beregu nombor 17 dunia, 12-21, 21-8, 21-16 dalam masa 64 minit.
Bagi acara beregu campuran pula, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia muncul juara selepas menewaskan wakil China, Cheng Xing/Zhang Chi.
Rinov-Pitha nombor 17 dunia tampil penuh bertenaga bangkit tewas set pertama untuk menang ke atas Cheng Xing-Zhang Chi (nombor 58) 17-21, 21-12, 21-13 dalam masa 53 minit.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!